Thursday, January 15, 2015

Bayaran pasport antarabangsa kini RM200 berkuatkuasa 15hb Jan 2015



Bayaran bagi permohonan pasport antarabangsa Malaysia bagi warga berumur 13 hingga 59 tahun untuk tempoh lima tahun diturunkan daripada RM300 kepada RM200 berkuatkuasa Hari ini.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Imigresen, kadar bayaran bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas Dan 12 tahun ke bawah pula serta jemaah haji ialah RM100.

Permohonan Orang Kelainan Upaya (OKU) kekal percuma.

Serentak dengan itu semua permohonan pasport antarabangsa untuk tempoh dua tahun dengan bayaran RM100 adalah dimansuhkan. – Bernama, 15 Januari, 2015.

Tuesday, January 13, 2015

Tarikh dan cara pembayaran BR1M 4.0 2015

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 akan mula dibayar secara ansuran/berperingkat mulai bulan Januari 2015. Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai tarikh, amaun dan cara pembayaran BRIM 2015.


[Terkini] Pembayaran ansuran pertama BR1M 2015 akan dipercepatkan dari 28 Januari kepada 15 Januari 2015.


Tarikh pembayaran BR1M 2015

Pembayaran BR1M 2015 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan dibuat secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada 28 15 Januari, 28 Mei dan 28 September 2015.
Manakala pembayaran kepada penerima kategori individu/bujang akan dibuat  sekaligus pada 28 15 Januari 2015.
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM.
Tarikh pembayaranPendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulanPendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 sebulan
28 15 Januari 2015RM300RM200RM350
28 Mei 2015RM300RM200---
28 September 2015RM350RM350---
JumlahRM950RM750RM350
BR1M

Cara pembayaran BR1M 2015

Bagi penerima yang ada mengisi akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.
Baucar bagi bayaran peringkat pertama akan diserahkan di majlis penyerahan BRIM, manakala baucer bayaran peringkat kedua dan ketiga akan dihantar terus ke rumah.
Untuk menyemak samada permohonan BR1M anda berjaya atau tidak, sila layari Semakan Status Permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).
Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2015 dengan menghubungi:
  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my.
Semoga info ini berguna untuk semua.