Saturday, July 28, 2018

Surau Bakar Batu Yang Diberkati (Al-Mubarak ) July 29, 2018 at 09:18AM

🔗 Assalammualaikum w.b.t Alhamdulillah. Admin page Surau Al Mubarak Kg Bakar Batu sudah menyiapkan satu ruang untuk korang especially para penduduk Kg Bakar Batu dan kawasan yang berhampiran untuk bertanyakan soalan soalan berkenaan masalah agama. InshaAllah segala persoalan akan cuba dijawab sebaik mungkin oleh Tuan Imam Muda kita iaitu Imam Faez. Mohon diberikan sedikit ruang masa untuk Tuan Imam Muda menjawab persoalan yang diberikan ye. TQ

https://bit.ly/biartahujangankeliru via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua

Berita Komuniti Bakar Batu July 28, 2018 at 09:43PM

🔗 Ikuti kami di Telegram : Channel Berita KBB http://j.mp/2mRlIIs Group Suara KBB http://j.mp/2Ae4lei

http://j.mp/2mRlIIs via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua http://j.mp/2Er4MzF

Amy July 28, 2018 at 08:53PM

🔗 Tahniah! kepada Anak² Kg Bakar Batu! Semoga ianya dapat mejadi contoh yang baik kepada semua, saling membantu dan bekerjasama untuk kesejahtaraan Komuniti Bakar Batu.


via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua http://j.mp/2Er4MzF

📷 Info grafik sempena Sambutan Kemerdekaan. Logo Rasmi Hari Kebangsaan 2018. Pendapat korang? #SayangiMalaysiaku #KibarkanJalurGemilang #KitaPunyaMalaysia http://j.mp/2NQXgSY via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua


http://j.mp/2NQXgSY via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua

Friday, July 20, 2018

[[ Sila ambil perhatian ]] Kami baharu sahaja mendapat maklumat dari Guru Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu (S.K.T.B.B) berkenaan satu kejadian yang berlaku pagi hari ini, Jumaat 20/7/2017. Satu cubaan kes rogol yang melibatkan pelajar SKTBB yang menyertai latihan ragbi. Tindakkan pantas dari pihak ibubapa pelajar berkenaan yang berada ditempat kejadian, mengagalkan cubaan rogol kepada pelajar tersebut. Laporan polis telah dibuat oleh pihak keluarga pelajar berkenaan. Kami sangat berharap Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua dapat mengambil langkah-langkah berwaspada dan penduduk dapat memberi kerjasama untuk menjadi mata & telinga bagi pihak komuniti. Ini juga untuk memastikan kawasan sekitar bakar batu ini lebih selamat, terutama kepada kanak-kanak, wanita dan warga emas. Kerjasama semua pihak amatlah hargai dan dialu-alukan, Sila Viralkan kepada penduduk sekitara untuk lebih berhati-hati, Sekian. terima kasih

via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua

MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA SAMBUTAN JDT MENJULANG KEJUARAAN LIGA SUPER MALAYSIA BUAT KALI KELIMA BERTURUT-TURUT Sempena sambutan kejuaraan kali kelima berturut-turut Liga Super Malaysia, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), penutupan jalan di jejambat Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru akan dilakukan. Ia akan ditutup kepada semua lalu lintas bermula dari hari Jumaat (20/07/2018) jam 9:00 pagi sehingga hari Sabtu (21/07/2018) pada jam 7:00 pagi. Penutupan jalan ini adalah untuk memberi laluan kepada persiapan pertunjukan bunga api yang akan diadakan pada malam sambutan tersebut. Harap maklum. ——- Hidup Johor Demi Johor #HarimauSelatan #SouthernTigers #PermataSelatan #JewelOfTheSouth #JDTuntukSemua #JDTforAll #komunitibakarbatu #bakarbatu http://j.mp/2NuBdBe via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua July 20, 2018 at 05:29PM


Tuesday, July 17, 2018

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! Mulakan pagi anda dengan senyuman 🙃 🙂 http://j.mp/2LotJzi via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua July 18, 2018 at 06:06AM


Bismillahirrahmanirrahim! Assalamualaikum semua., admin minta maaf kerana terpaksa memadamkan pos yang 🔥 dan tiada kesudahan. Ini juga untuk kebaik semua komuniti Kampung Bakar Batu, Johor Bahru. Admin tetap dengan pendirian yang tegas tidak berpihak kepada siapa-siapa dalam isu berbangkit. Terima kasih diatas pandangan yang diberikan dari setiap sudut admin baca semua komen2 dan dengar pandangan komuniti. Terima kasih sekali lagi. ✌️

via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua

Ingin dimaklumkan tindakkan admin memadam sesuatu pos bukan kerana kami berpihak kepada individu-individu tertentu, kami amat teliti dan adil dengan perkara yang kami lakukan disini untuk keselamatan, keharmonian komuniti semua. Komuniti bakar batu dan semua rakyat Malaysia tidak berkecuali diatas Peruntukan undang-undang berkaitan fitnah sivil adalah mengikut Akta Fitnah 1957 manakala fitnah jenayah mengikut undang-undang jenayah di dalam Kanun Keseksaan 1997. Di samping itu, tindakan undang-undang juga boleh dikenakan di bawah Akta Hasutan 1948 jika maklumat yang disebarkan menyebabkan hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan atau menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia. Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya penjara tidak melebihi 5 tahun.

via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua

Monday, July 16, 2018

Selamat Pagi Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua! Budayakanlah amalan nasihat-menasihati dan tegur-menegur dengan kata-kata yang lemah-lembut dan berbudi-bahasa. Berilah nasihat dan teguran dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala dan dengan cara yang penuh berhemah agar nasihat dan teguran dapat diterima dengan hati yang terbuka. Terimalah nasihat dan teguran dengan perasaan bersangka baik supaya kita dapat memperbaiki diri dan mengeratkan silaturrahim antara kita. Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita semua akan hidup rukun damai, harmoni dan bersatu-padu dan semoga kita semua akan mendapat keselamatan, kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua

[[ Khidmat Masyarakat ]] Innalillahi wainnalilllahirajiun. Ingin dimaklumkan bahawa Almarhum/ Arwah Muhammad Zulsyd Bin Zulfili (Udew Weng) anakda kepada Hasliza Ismail & Zulkifli Hussin telah kembali ke rahmatullah pada 16hb Julai 2018 pada jam 7:00 Pagi di Hospital Sultanah Aminah - ( HSA) Johor Bahru Marilah kita bersama-samalah mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman serta dipermudahkan urusan akhiratnya. Al-Fatihah. Amin! http://j.mp/2KWaYa9 via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua July 16, 2018 at 03:44PM


Friday, July 13, 2018

Assalamualaikum dan Selamat pagi Komuniti Bakar Batu! mudahan apa yang anda inginkan dan lakukan hari ni dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya. 🤗 http://j.mp/2mepxqF via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua July 14, 2018 at 07:56AM


PERINGATAN: Komuniti Bakar batu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.Kami juga ingin menyatakan setegas-tegasnya, kami tidak memihak atau pilih kasih; adil. Tidak berat sebelah, tidak membiarkan kami dipengaruhi oleh kedudukan, kefasihan berbicara, kekayaan, penyuapan, atau, sebaliknya, oleh keprihatinan kepada orang yang miskin atau kurang beruntung, dalam menghakimi atau bertindak sehingga mengistimewakan pribadi yang bersangkutan. Kami memastikan agar semua orang diperlakukan selaras dengan keadilan dan kebenaran, sesuai dengan apa yang patut diterima, asalkan ianya bukan berunsur fitnah. harap maklum dan terima kasih.

via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua