Friday, July 20, 2018

[[ Sila ambil perhatian ]] Kami baharu sahaja mendapat maklumat dari Guru Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu (S.K.T.B.B) berkenaan satu kejadian yang berlaku pagi hari ini, Jumaat 20/7/2017. Satu cubaan kes rogol yang melibatkan pelajar SKTBB yang menyertai latihan ragbi. Tindakkan pantas dari pihak ibubapa pelajar berkenaan yang berada ditempat kejadian, mengagalkan cubaan rogol kepada pelajar tersebut. Laporan polis telah dibuat oleh pihak keluarga pelajar berkenaan. Kami sangat berharap Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua dapat mengambil langkah-langkah berwaspada dan penduduk dapat memberi kerjasama untuk menjadi mata & telinga bagi pihak komuniti. Ini juga untuk memastikan kawasan sekitar bakar batu ini lebih selamat, terutama kepada kanak-kanak, wanita dan warga emas. Kerjasama semua pihak amatlah hargai dan dialu-alukan, Sila Viralkan kepada penduduk sekitara untuk lebih berhati-hati, Sekian. terima kasih

via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua

No comments:

Post a Comment