Tuesday, July 17, 2018

Ingin dimaklumkan tindakkan admin memadam sesuatu pos bukan kerana kami berpihak kepada individu-individu tertentu, kami amat teliti dan adil dengan perkara yang kami lakukan disini untuk keselamatan, keharmonian komuniti semua. Komuniti bakar batu dan semua rakyat Malaysia tidak berkecuali diatas Peruntukan undang-undang berkaitan fitnah sivil adalah mengikut Akta Fitnah 1957 manakala fitnah jenayah mengikut undang-undang jenayah di dalam Kanun Keseksaan 1997. Di samping itu, tindakan undang-undang juga boleh dikenakan di bawah Akta Hasutan 1948 jika maklumat yang disebarkan menyebabkan hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan atau menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia. Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya penjara tidak melebihi 5 tahun.

via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua

No comments:

Post a Comment