Monday, July 16, 2018

Selamat Pagi Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua! Budayakanlah amalan nasihat-menasihati dan tegur-menegur dengan kata-kata yang lemah-lembut dan berbudi-bahasa. Berilah nasihat dan teguran dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala dan dengan cara yang penuh berhemah agar nasihat dan teguran dapat diterima dengan hati yang terbuka. Terimalah nasihat dan teguran dengan perasaan bersangka baik supaya kita dapat memperbaiki diri dan mengeratkan silaturrahim antara kita. Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita semua akan hidup rukun damai, harmoni dan bersatu-padu dan semoga kita semua akan mendapat keselamatan, kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua

No comments:

Post a Comment