Tuesday, February 20, 2018

Daniel

[[ Komuniti prihatin kesejahteraan terjalin ]]

Terima kasih diatas cadangan Encik Daniel Hakimi dan kami ambil serius tentang apa yang berlaku hari ini. Untuk maklumat Enick Daniel Hakimi, sebelum ini memang ada bonggol, kami akan cuba dapatkan maklumbalas dari pihak yang berkenaan.

Untuk maklumat semua ini bukan kejadian pertama, kami juga membuat kenyataan berkenaan had laju untuk Kenderaan bermotor di sekitar kampung iaitu 30KM/Sejam dan meminta kerjasama semua penduduk untuk mematuhinya pada tahun 2016

Secara jujurnya, Selagi tiada kesedaran diri, rasa bertanggungjawab dan mengubah menteliti dari kelas ketiga ke pertama. Kemalangan tetap akan berlaku, isu keselamatan ini adalah tangunggjawab semua, bermula dari rumah, sekolah dan ditempat awam. Baik yang kerendaan bermotor atau yang berjalan kaki.

Admin juga lihat ada yang masih dibawah umur menunggang motorsikal disekitar kampung secara berbahaya, ini juga perlu diambil kira dan kanak-kanak bermain ditengah jalan dan basikal secara berbahaya.

Sekali lagi Kami ingin meminta Kerjasama semua pihak, ibubapa, penduduk sekitar amatlah dihargai.Janganlah sampai berlaku kejadian yang tidak diingini dan menyalahkan pihak2 yang tidak tertentu juga menunding jari. Pesanan masyarakat ini untuk semua. Terima kasih.

3hb November 2016
https://buff.ly/2oc8Hu6
13hb September 2016
https://buff.ly/2oisLu0

#KgBakarBatu, #BakarBatu, #KomunitiBakarBatu #BakorBatu #BurningStone
February 20, 2018 at 06:23PM
via Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua

No comments:

Post a Comment