Monday, September 3, 2018

Pengumuman September 04, 2018 at 03:24AM

🗣 Assalamualaikum! Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua ingin dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Agama Puan Hajjah Rahmah, Bakar Batu, Johor Bahru akan mengadakan acara hari kebangsaan pada hari khamis, 6hb September 2018, seramai 350 pelajar akan meraikannya. Jika tuan-tuan dan puan-puan yang ingin memberi sumbangan seperti juadah atau minuman bolehlah terus berhubung dengan pihak guru besar SAPHR bakar batu sebelum hari khamis ini. Diharap kita semua dapat menyumbang sesuatu dan memberi bantuan untuk memeriahkan lagi sambutan yang akan dijalankan. Marilah kita membantu kepada mereka yang memerlukan, sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amatlah dihargai dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.
via #KBB

No comments:

Post a Comment