Thursday, October 18, 2018

PR1MA @ Kota Tinggi | Portal Jualan PR1MA

🗣 🗣 Sukacitanya PR1MA menjemput Tuan/Puan ke Hari Terbuka PR1MA yang menawarkan perkhidmatan “One Stop Centre” untuk memudahkan bakal pemilik kediaman PR1MA untuk memiliki kediaman idaman anda. Status kredit bakal pembeli dapat disemak, dan panel bank PR1MA atau wakil Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan mengira kelayakan pinjaman bakal pembeli. Seterusnya, bakal pembeli boleh memilih unit kediaman yang diingini dan semua urusan diselesaikan pada hari yang sama. Anda juga boleh kongsikan maklumat ini bersama saudara mara serta kenalan untuk manfaat bersama. Pada Hari Terbuka PR1MA juga, Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan proses melengkapkan pendaftaran, permohonan dan pemilikan kediaman PR1MA di seluruh Malaysia. Hari Terbuka PR1MA akan diadakan pada masa dan tempat seperti di bawah: Tarikh : 26 - 28 Oktober 2018 (Jumaat - Ahad) Masa : 10.00 pagi – 7.00 malam Tempat : Aras 1, Angsana Johor Bahru Mall, Tampoi, Johor Bahru, Johor Waze : Angsana Johor Bahru Mall Kami menawarkan kediaman seperti berikut di negeri Johor: No Senarai Projek Pautan 1 PR1MA @ Kota Tinggi http://j.mp/2Cu6Qcb 2 PR1MA @ Larkin Indah http://j.mp/2CQP6bV 3 PR1MA @ Tebrau (Tanah Rizab Melayu) http://j.mp/2CsBimZ Klik http://j.mp/2CT22Oq untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai 46 lagi projek kediaman PR1MA yang dibuka untuk jualan di seluruh Malaysia. Bagi tujuan pembelian, Tuan/Puan diperlukan membawa bersama dokumen - dokumen seperti di bawah pada hari tersebut. (Anda dinasihatkan membawa sekurang-kurangnya 1 salinan) • MyKad pembeli & pembeli bersama (jika ada) Bekerja di sektor awam/swasta: • Slip gaji 3 bulan terkini / Penyata Akaun Bank terkini / Penyata Caruman KWSP (EPF) terkini • Penyata CCRIS terkini - Pembeli & pembeli bersama (jika ada) Bekerja sendiri: • Penyata Akaun Bank terkini / Penyata Komisen (6 Bulan terkini) / Penyata Akaun Syarikat terkini • Penyata CCRIS terkini - Pembeli & pembeli bersama (jika ada) Kami juga menyediakan kaunter semakan status kredit (CCRIS) dengan caj RM10.00. PEMBELI BERSAMA mestilah suami / isteri, ibu bapa serta saudara kandung sahaja. NOTIS PENTING, pembeli bersama perlu hadir pada hari tersebut kerana pihak pemeriksaan Kredit perlu mendapatkan ‘cap ibu jari’ untuk tujuan semakan CCRIS. Anda juga boleh mengunjungi Hari Terbuka PR1MA yang berdekatan dengan anda dengan menyemak lokasi tersebut di facebook PR1MA Homes. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami ditalian 03-76289898 (Isnin – Ahad, 9.00 pagi – 6.00 petang) atau emelkan kepada info@pr1ma.my. Sekian, terima kasih. PERBADANAN PR1MA MALAYSIA #kbb
via http://j.mp/2Cu6Qcb #KBB

No comments:

Post a Comment