Friday, September 13, 2019

Sah! Tidak halal, gula-gula popular ini ada gelatin babi. Gula-gula White Rabbit yang sudah sinonim sebagai makanan kesukaan zaman kanak-kanak di Malaysia telah diisytihar mengandungi DNA babi oleh Fuiziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau mengumumkan dalam satu kenyataan kepada TV Alhijrah, Rabu lalu. Pengumuman itu menjawab banyak persoalan daripada orang ramai sejak dahulu lagi apabila pelbagai spekulasi muncul mengenai status gula-gula tersebut di media social. Menurut kenyataan itu lagi, satu ujian telah dibuat oleh Jabatan Kimia bulan Mei lalu berikutan permintaan daripada JAKIM. Hasil daripada ujian itu mendapati gula-gula tersebut mengandungi protein daripada haiwan dan ujian susulan mengesahkan penemuan DNA babi dan lembu. Gula-gula manis berkrim kesukaan ramai itu berasal daripada negara China dan diimport ke negara ini oleh sebuah syarikat beribu pejabat di Kuala Lumpur. Khabar angin mengenai status gula-gula itu tercetus apabila syarikat itu didedahkan tidak pernah memohon sijil halal selama ini. Tambahan pula, negara Brunei Darussalam baru-baru ini turut membuat pengumuman rasmi menyatakan status tidak halal gula-gula tersebut. Bagaimanapun, sumber memberitahu The Rakyat Post bahawa gula-gula yang berasal dari China tersebut akan terus kekal di pasaran Malaysia untuk pasaran bukan Muslim. Kredit foto: The Rakyat Post #kgBakarBatu #komunitiBakarBatu #bakarbatu #DunStulang #kbb #ZonBakarBatu #Alfatihah Komuniti Bakar Batu #WhiteRabbit #GulaGulaWhiteRabbit #TidakHalal


🗣 Sah! Tidak halal, gula-gula popular ini ada gelatin babi. Gula-gula White Rabbit yang sudah sinonim sebagai makanan kesukaan zaman kanak-kanak di Malaysia telah diisytihar mengandungi DNA babi oleh Fuiziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau mengumumkan dalam satu kenyataan kepada TV Alhijrah, Rabu lalu. Pengumuman itu menjawab banyak persoalan daripada orang ramai sejak dahulu lagi apabila pelbagai spekulasi muncul mengenai status gula-gula tersebut di media social. Menurut kenyataan itu lagi, satu ujian telah dibuat oleh Jabatan Kimia bulan Mei lalu berikutan permintaan daripada JAKIM. Hasil daripada ujian itu mendapati gula-gula tersebut mengandungi protein daripada haiwan dan ujian susulan mengesahkan penemuan DNA babi dan lembu. Gula-gula manis berkrim kesukaan ramai itu berasal daripada negara China dan diimport ke negara ini oleh sebuah syarikat beribu pejabat di Kuala Lumpur. Khabar angin mengenai status gula-gula itu tercetus apabila syarikat itu didedahkan tidak pernah memohon sijil halal selama ini. Tambahan pula, negara Brunei Darussalam baru-baru ini turut membuat pengumuman rasmi menyatakan status tidak halal gula-gula tersebut. Bagaimanapun, sumber memberitahu The Rakyat Post bahawa gula-gula yang berasal dari China tersebut akan terus kekal di pasaran Malaysia untuk pasaran bukan Muslim. Kredit foto: The Rakyat Post #kbbjb #kgBakarBatu #komunitiBakarBatu #bakarbatu #DunStulang #kbb #ZonBakarBatu #Alfatihah Komuniti Bakar Batu #WhiteRabbit #GulaGulaWhiteRabbit #TidakHalal via #KBBJB

No comments:

Post a Comment