Friday, March 13, 2020

#COVID19 Semua Perhimpunan, Mesyuarat Antarabangsa Ditangguh Sehingga 30 April

🗣 KERAJAAN telah memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan ini akan diteliti semula sekiranya situasi COVID-19 bertambah baik. Beliau turut berharap pihak berkuasa Agama Islam di negeri-negeri turut mengeluarkan garis panduan seperti mana yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. “Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama telah mengeluarkan Garis Panduan bagi perhimpunan ibadat di masjid untuk mengelakkan penularan COVID-19. “Saya berharap pihak berkuasa Agama Islam di negeri-negeri turut mengeluarkan garis panduan yang serupa dengan mengambil kira nasihat dan arahan daripada pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam perutusan khas berkaitan COVID-19. Acara keagamaan bagi agama-agama lain yang melibatkan perhimpunan berskala besar juga mestilah mengambil kira nasihat dan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa. #kbbjb #kgBakarBatu #komunitiBakarBatu #bakarbatu #DunStulang #kbb #ZonBakarBatu #Alfatihah #BangsaJohor Komuniti Bakar Batu #Convid19
via http://j.mp/2Wa7CEQ #KBBJB

No comments:

Post a Comment