Wednesday, April 15, 2020

Sekolah hanya dibuka jika keadaan diyakini kembali pulih - Menteri Pendidikan PUTRAJAYA, 15 April -- Keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan hanya akan dibuat apabila keadaan telah benar-benar diyakini kembali pulih, kata Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin. Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) memahami bahawa ibu bapa bimbang sekiranya mereka tidak dapat membuat persediaan sewajarnya jika pengumuman pembukaan semula sekolah dibuat secara tiba-tiba. "Ibu bapa tidak perlu risau. KPM akan sentiasa berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi pembukaan semula sekolah. "KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau berkata pada peringkat ini, pembukaan sekolah hanya melibatkan kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara. BERNAMA: https://bit.ly/2XE8HWe #kgBakarBatu #komunitiBakarBatu #bakarbatu #DunStulang #ParlimenJohorBahru #JohorBahru #kbb #ZonBakarBatu #Alfatihah #BangsaJohor Komuniti Bakar Batu Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau - SKST SK Tebrau Bakar Batu - SKTBB


🗣 Sekolah hanya dibuka jika keadaan diyakini kembali pulih - Menteri Pendidikan PUTRAJAYA, 15 April -- Keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan hanya akan dibuat apabila keadaan telah benar-benar diyakini kembali pulih, kata Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin. Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) memahami bahawa ibu bapa bimbang sekiranya mereka tidak dapat membuat persediaan sewajarnya jika pengumuman pembukaan semula sekolah dibuat secara tiba-tiba. "Ibu bapa tidak perlu risau. KPM akan sentiasa berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi pembukaan semula sekolah. "KPM akan mengumumkan tarikh pembukaan sekolah sekurang kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau berkata pada peringkat ini, pembukaan sekolah hanya melibatkan kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara. BERNAMA: https://bit.ly/2XE8HWe #kbbjb #kgBakarBatu #komunitiBakarBatu #bakarbatu #DunStulang #ParlimenJohorBahru #JohorBahru #kbb #ZonBakarBatu #Alfatihah #BangsaJohor Komuniti Bakar Batu Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau - SKST SK Tebrau Bakar Batu - SKTBB via #KBBJB

No comments:

Post a Comment